Breaking News

Ngeri! Jenazah Bayi Hilang dan Kain Kafannya Tertinggal, Polisi Curigai Makhluk ini Sebagai Pelaku

Foto Ist
Ngeri! Jenazah Bayi Hilang dan Kain Kafannya Tertinggal, Polisi Curigai Makhluk ini Sebagai Pelaku

Infokyai.com - Padahal baru beberapa hari dikuburkan bayi itu tiba - tiba menghilang dari makamnya, hal itu sempat membuat warga geger. Pasalnya ada hal yang mencurigakan dari hilangnya bayi tersebut, dan juga terdapat kain kafan yang tertinggal di dekat makam si bayi tersebut. 
Baca Juga : Ramai Spanduk 'Jalan Tol Pak Jokowi', PKS: Itu Tolnya Rakyat! https://goo.gl/4GGxpY
Seperti dilansri infokyai.com dari hmetro.com, Bayi perempuan GEORGE yang baru saja dikubur lima hari tiba-tiba menghilang dari makamnya. Kabar tentang menghilangnya jenazah bayi itu diketahui setelah warga melihat kafan itu tertinggal di tanah kuburan.

MISTERI kehilangan jenazah bayi perempuan yang baru dikebumikan lima hari lalu di tanah perkuburan Islam di Kulim menjadi tanda tanya orang ramai selain tidak menolak dimakan haiwan.

Menurut sumber, kehilangan jasad bayi itu hanya diketahui orang awam selepas melihat kain kafan berada di atas tanah perkuburan selain kawasan kubur bayi itu berlaku mendapan pada 7 malam kelmarin.

Sumber berkata, ketika kejadian itu, kebetulan ada majlis tahlil di masjid terbabit yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Menurutnya, orang ramai kemudian memaklumkan kepada AJK sebelum mereka ke kubur itu dan terkejut melihat kesan mendapan dan kain kafan berselerakan.

“Mereka kemudian menggali semula kubur untuk mencari jenazah bayi itu namun gagal menemuinya.

“AJK masjid kemudian meminta orang awam terbabit membuat laporan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

Katanya, pihaknya sudah menghubungi pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang menjalankan siasatan di tempat kejadian semalam dengan bantuan imam masjid terbabit.
Baca Juga :  Pemuda Ini Gugur di Timur Gaza, Tanpa Pamrih, Tanpa Mengeluh, Terus Berjuang Hingga Ajal Menjemputnya https://goo.gl/mtiJTd
“Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan tanda positif dan dipercayai adalah daripada tindakan binatang kerana terdapat kesan gigitan pada kain kafan,” katanya. (*)

0 Komentar

© Copyright 2022 - Berita Lampung, Info lampung, Wisata Lampung, Loker Lampung, lowongan lampung, kuliner lampung